Saturday, April 2, 2011

RESDUNG??

Resdung : Risiko Dan Bahaya !!!


Adakah anda mengalami SIMTOM atau tanda masalah resdung berikut ? :
>> Hidung tersumbat
>> hidung dan tekak mengeluarkan
>> Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
>> Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
>> Mengalami demam atau juga rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
>> Mengalami gejala alahan hidung contohnya bersin, gatal hidung dan sebagainyaJika anda memberikan jawapan ya, anda berkebarangkalian mempunyai penyakit resdung.Untuk pengetahuan anda, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Pembedahan terpaksa dilakukan, jika penyakit resdung dalam keadaan kronik.
Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kritikal. Banyak ubat resdung yang ada dipasaran. Oleh itu bertindaklah segera.

Risiko Penyakit Resdung (Sinusitis)


Ramai beranggapan komplikasi kematian boleh diakibatkan oleh penyakit resdung (sinusitis). Selain itu terdapat juga anggapan bahawa penyakit resdung tidak dapat dirawat. Artikel pendek ini cuba melihat persepsi tersebut.
INDIVIDU BERISIKO MENDAPAT RESDUNG
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Turbinate yang besar memberi berisiko untuk mendapat sinusitis kerana situasi ini akan menyebabkan ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Komplikasi serius boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika masalah resdungtidak dirawat dengan sempurna
* Kanak-kanak
Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah resdung merebak ke dalam mata, jangkitan sellulitis dan nanah mata. Ini juga boleh menyebabkan mata menjadi buta jika ia dibiarkan.
Risiko buta berlaku kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata adalah sangat nipis di mana sinus frontal masih belum terbentuk. Ini juga akan menyebabkan nanak dikeluarkan dari rongga mata.
Untuk mengatasi masalah ini, satu laluan dibuat oleh doktor untuk mengeluarkan cecair dari sinus ethmoid supaya ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Nanah dari sinus frontal tidak dapat untuk keluar dari hidung. Ia akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Hasilnya, ostia mudah tersumbat. Sinus maxilla adalah merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Walaubagaimanapun, ia amat jarang berlaku kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.
Tetapi, jika nanah merebak ke dalam otak, pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery perlu dijalankan. Kadar kematian meningkat hingga 40 peratus bagi kes-kes seperti ini.

Resdung Punca Nafas Berbau ?


Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.
Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkannafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.
Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.
Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai
inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.
Sebagai langkah kesihatan, jika simpton – simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati.
Anda mengalami masalah berikut :
>> Sumbat hidung
>> Lendir dari hidung dan tekak
>> Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
>> Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
>> Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
>> Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


Jika jawapan anda ya, maka kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung adalah tinggi.
Tahukah anda penyakit resdung boleh menyebabkan kecacatan, Jika ia dalam keadaan kronik pembedahan terpaksa dilakukan.
KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

Resdung – Dapatkan Rawatan Segera


ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan.
Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu.



No comments:

Post a Comment