Friday, June 17, 2011

SWEET MEMORY


Bila diri ni da bosan pe lg mulalah aq dok mengodeh laptp aq ni
So aq open la pic member2 aq xkira la mber2 mner pun
BUT pic ni wt aq rindu pd mber2 aq PEAR CREW
PIC ni time CUTI SEM Tahun lepas SWEETnye pic ni...
BUT apekn daya bila time CUTI SEM kali ni masing BZY
ERMMM.....pe boleh buat kan hanya boleh menatap pic y ad je la tuk lepaskn kerinduan aq pada mber2 PEARL CREW.......

KENA KERAH

Adoiiiiiiiiiiiiiiiii LETIHnye badan ni...... 
Seharian tolong my FATHER kemas STOR.. 
Apeleh buat kn da nme pun ANAK so kne lah tolong PARENT wat kje kan?? 
Xkan nak biokn je...TAPI butul2 TIRED...Huhuhuhuhu....
Ayah aq ni kerah aq seharian bukan pe, dia dengar je anak dia nk p LATIHAN MENEMBAK selama 3hry so pe lagi sebelum aq berangkat p KEM. Mula lah dia suruh aq wat macam2.
HAHAHAHAHK bgus betul idea ayah aq tu kn....
Maklum lah time tu HARI BAPA 
so aq kena lah tolong walaupun aq ni curi2 dok mengadap laptop ni..hehehehe.....
SORRY AYAH... Ayah xmarah kan...hehehhe... 
Pape pun aq nk wish at AYAH aq HAPPY FATHER DAY.

I LOVE U AYAH
HAPPY FATHER DAY

Thursday, June 16, 2011

DOK GODEH2

Assalamualaiku....
ermm....dok bosan xtau nk wat pe mlm ni aq pun pe lg dok la godeh2 email aq.
Aq pun open la email2 lme, lau xde bende penting pe lagi aq delete la wat semak at email aq je.hehehehe
dok godeh2 jer,aq open la email dri akk aq. Tajuk email tu EVERTHING IS MADE FROM FLOWER.
Aq pun open la tgk pe benda semuanye dri bunga tu sekli jer aq tgk pic ni mmg lawa la..Mmg kretif la owng y membuat gubahan tu mmg cute & nice.







Wednesday, June 15, 2011

APA YANG LELAKI SUKA DAN TIDAK SUKA

Lelaki suka:

* Sikap kelakar

 
* Budi pekerti dan kesopanan

* Murah hati

* Senyuman manja

* Pandai memasak

* Pandai dalam mengenakan pakaian

* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya

* Tak mudah naik angin

* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak

* Tak terlalu seksi dalam berpakaian

* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”

* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya

* Berwawasan atau bercita-cita tinggi

* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.

* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira

* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi

* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki

* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

* Sikap keibuan

* Sukakan kanak-kanak

* Suara lembut tanpa dibuat-buat

* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun

* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat

* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki

* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut

* Tahu bersyukur

* Pandai berjimat-cermat

* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal



Lelaki Tak Suka:

* Wanita yang suka mengumpat

* Sombong dan bongkak

* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki

* Hisap rokok

* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…

* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki

* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian

* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”

* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”

* Wanita yang hipokrit

* Pembohong dan suka mencari alasan

* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki

* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka

* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang

* Pengotor dan pemalas

* Tak bertanggungjawab langsung

* Tak pandai mengemas

* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan

* Kuat berleter walau hal remeh temeh

* Boros berbelanja

* Tak tahu memasak

* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati

* “Queen Control” atau suka mengarah-arah

* Tak pandai bergaya atau selekeh

* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli

* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu

* Panas baran

* Kuat merajuk dan sukar dipujuk

* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi

* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego




Tuesday, June 14, 2011

AYAT LAZIM SEORANG WANITA

Ayat ini sering kali didengar oleh seorang lelaki apabila kekasih hatinye merajuk

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga. Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.